Copy-of-WeCar-Logo_v2_2000px_more-padding-1-150x150

Produk Waranti Ocean

Produk Waranti Ocean

EVERGREEN PAINTS SDN BHD

Evergreen Public Company Limited merupkan pihak perkilangan serta pihak penasihat untuk cat kenderaan Ocean. Evergreen juga merupakan salah satu pembekal utama cat kenderaan kepada kenderaan berjenama seperti Toyota, Nissan. Subaru, Mitsubishi dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Blue Right Holding Sdn. Bhd. adalah pihak pengedar yang dilantik untuk memasarkan cat kenderaan Ocean di Malaysia dan Thailand. Kami sentiasa berpegang kepada janji dan prinsip menambahnaikkan produk cat kenderaan Ocean dari semasa ke semasa. Kami juga memberi prihatin kepada isu keselamatan dan utamakan isu ramah mesra terhadap pengguna dan juga alam sekitar untuk jangka masa panjang. Ia adalah satu asas di mana kepercayaan daripada pengguna terhadap produk cat kenderaan Ocean. Kami akan sentiasa menunaikan janji kami serta komitment kami terhadap anda dan masyarakat.

Kami juga merupakan pengeluar cat usaha sama rasmi dengan usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas yang terdiri daripada rangkaian penuh produk untuk pelbagai pasaran. Rakan usaha sama kami, DuPont Shinto Automotive Systems Co. Ltd. yang berpangkalan di Jepun dengan tapak pembuatan di seluruh dunia turut membekalkan kepada pelbagai pelanggan OEM automotif. Objektif syarikat adalah untuk menyediakan pasaran cat dengan kualiti dan nilai untuk produk cat yang disandarkan dengan perkhidmatan dan sokongan Teknikal dan komersial yang kukuh untuk memberikan kepuasan sepenuhnya kepada pengguna akhir dan pelanggan.

All RIghts Reserved Blue Tech Holdings Sdn. Bhd.